Make your own free website on Tripod.com
PERKAKASAN KOMPUTER

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

 

Cakera Keras

 

 

Cakera Optik

 

 

Gambar-Gambar Komponen

 



















 


STORAN PRIMER
[ROM] [ RAM] 
 

ORGANISASI

Seperti sistem komputer yang lebih besar, mikrokomputer menggabungkan digit-digit perduaan bagi membentuk kumpulan saiz yang sesuai yang dinamakan kata.  Saiz kata bergantung kepada sistem komputer tertentu yang digunakan.  Saiz kata yang biasa digunakan oleh berbagai saiz sistem komputer.  Hanya beberapa tahun yang lalu, IBM memperkenalkan PC kata 8 bitnya, diikuti dalam beberapa tahun  kemudian oleh mikrokomputer PC AT 16 bit, dan kini ia telah digantikan dengan sistem kata 32 bit. Kebaikan pertambahan saiz kata ialah mesin menjadi lebih cepat kerana ia boleh memproses  lebih bit  maklumat dalam tempoh masa yang sama.  Jadi, hala masa kini adalah ke arah kata yang lebih besar.

Ingatan mikrokomputer umumnya dibentuk daripada banyak cip MOS (semikonduktor oksida logam) yang berasingan dan ia boleh melakukan fungsi yang berbeza-beza.  Istilah ROM, RAM, PROM, EPROM dan EEPROM digunakan dengan unit  storan primer sesebuah mikrokomputer.

ROM (Read Only Memory)

ROM atau ingatan baca sahaja, umumnya disediakan oleh pembuat mikrokomputer dan dikhususkan untuk penggunaan tertentu.  Data dan aturcara yang diperlukan oleh penggunaan ini dibakar ke dalam cip atau disimpan secara kekal di dalamnya.  Oleh itu pengguna boleh membaca atau mencapai aturcara atau data dari ROM tetapi tidak boleh menulis di dalamnya.  Kandungan ROM tidak akan dipinda apabila kuasa elektrik diputuskan dari komputer.  Oleh itu, ia dirujuk  sebagai bahantara storan tak meruap . ROM umumnya digunakan untuk  menyimpan perisian tegar iaitu aturcara, rutin dan penafsir bahasa yang disediakan oleh pembuat, bagi capaian serta-merta  oleh pengguna sistem.  Semua aturcara yang digunakan semasa menghidupkan PC disimpan dalam ROM.  Sebagai contoh, banyak model mikrokomputer dibekalkan  dengan cip ROM yang mengandungi bahasa BASIC. 

Terdapat tiga jenis cip ROM yang selalu digunakan:

PROM Ingatan baca sahaja boleh diaturcara (Programmable ROM), iaitu cip yang kosong dan boleh diaturcara.  Sekali ditulis aturcara, kandungannya tidak boleh diubah.  Cip PROM digunakan  terutamanya untuk aturcara tujuan khas  seperti permainan  dan grafik yang boleh dipalam dengan mudah pada papan komputer utama atau pada tempat rendah.  Ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi.
EPROM Ingatan baca sahaja teraturcara boleh dipadam (Erasable ROM).  Kandungan boleh dipadam dengan menggunakan tatacara sinar ultraungu.
EEPROM PROM yang boleh dipadam secara elektrik (Electrically EPROM).  Kandungannya boleh diubah / diaturcara secara elektronik.

RAM (Random Access Memory )

Mikrokomputer riba seperti komputer convertible IBM menggunakan cip MOS khas di dalam RAM - Ingatan Capaian Rawak  yang hampir tidak memerlukan kuasa akan mengekalkan kandungannya mungkin  dengan menggunakan satu bateri dalaman yang kecil. Walau bagaimanapun ,cip berkuasa rendah ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi.

RAM ini merupakan ingatan untuk dibaca dan ditulis.  Ia merupakan ingatan yang memegang/menyimpan sementara data selagi ada elektrik.  Data atau maklumat boleh disimpan atau dicapai secara rawak (di mana-mana dan secara langsung dan cepat). 

 Terdapat dua jenis cip RAM yang selalu digunakan :

DRAM Ia merupakan Ingatan Capaian Rawak Dinamik (Dynamic Random Access Memory).  Cip RAM ini memegang data secara dinamik.  Data tidak disimpan secara berterusan, tetapi komputer akan menyegar semula (refresh) data melalui pemprosesan beratus-ratus kali setiap saat.  Rekabentuknya mudah dengan hanya menggunakan transistor dan pemuat, tetapi tidak cepat.
RAM Statik Ia merupakan Ingatan Capaian Rawak Statik (Static Random Access Memory).  RAM jenis ini memegang data secara bertrusan (tanpa penyegaran "refreshing").  Cip RAM ini lebih cepat daripada DRAM tetapi rekabentuknya rumit.

                                                                                                          

 [HOME]