Make your own free website on Tripod.com
PERKAKASAN KOMPUTER

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

 

Cakera Keras

 

 

Cakera Optik

 

 

Gambar-Gambar Komponen

 



















 


 Monitor
 

 
Apabila kita membeli sebuah komputer, komponen utama yang dibekalkan bersama ialah sebuah monitor yang peranannya tidak dapat dipisahkan daripada satu set komputer.  Tanpa monitor, sebuah komputer tidak dapat berperanan dangan baik. Bayangkanlah jika anda hanya membeli komputer tanpa monitor, bagaimana anda mahu menggunakan peralatan lain yang berkaitan dengannya?

Secara amnya, monitor memainkan peranan yang amat penting apabila kita mahu menggunakan komputer. Bagi memainkan perisian multimedia pula, perkakasan ini sangatlah penting kerana segala pemaparan akan dibuat menggunakan peralatan output ini. 

Jenis monitor 


    Tedapat empat jenis monitor iaitu Monitor MonoChrome, Monitor Warna, Monitor Multisync dan Monitor ELD  Elektro Luminescent Display. Setiap satu mempunyai sejarah tersendiri. Di sini hanya dibicarakan monitor biasa yang kita gunakan iaitu Monitor Warna. 

Kualiti sesuatu monitor bergantung kepada beberapa sebab.  Diantaranya ialah bilangan titik (pixel) yang dipaparkan oleh skrin monitor komputer tersebut.  Lebih banyak bilangan titik (pixel), lebih tajam dan lebih berkualiti teks dan grafik yang dipaparkan. 

Terdapat empat jenis monitor warna di pasaran.  Monitor CGA Color Graphics Adapter memaparkan dua jenis resolusi iaitu resolusi sederhana yang mempunyai 320x200 pixel dan resolusi tinggi yang mempunyai 640x360 pixel berbanding jenis EGA  Enhance Grapik Adapter pula mempunyai 320x200 pixel sahaja. 

Buat masa ini dalam spesifikasi penjualan komputer, monitor yang biasa dibekalkan adalah jenis VGA  Visual/Video Graphich Adapter atau SVGA  Super Visual/ Video Ghrapich Adapter. VGA mempunyai resolusi 800x600 pixel. Manakala SVGA pula akan memaparkan resolusi setinggi 1024x768 pixel lebih baik dari VGA.  Kualiti skrin monitor SVGA lebih baik dan menarik, seperti kita melihat television dalam jarak yang sesuai. 

Terdapat 256 warna dibekalkan dalam skrin monitor SVGA. Pilihan warna yang banyak menyebabkan grafik yang dipaparkan pada skrin yang realistik dan menarik. Tentu anda pernah melihat video melalui komputer anda. Kualiti gambar video anda bergantung kepada beberapa  pixel yang terdapat pada monitor anda. Lebih banyak pixel dibekalkan lebih baik dan menarik gambar video yang anda lihat. 

Bagi mereka yang mempunyai komputer jenis laptop, palmtop atau note book , skrin yang dibekalkan selalunya jenis monitor ELD  Electro Luminscent Display . Skrin jenis ini adalah seperti skrin pada mesin kira yang mempunyai resolusi 800x600 pixel. 

Paparan skrin terbaik setakat ini adalah monitor Multisync. Ia mempunyai resolusi setinggi 1280x1024pixel. Skrin  monitor jenis ini dapat mengawal warna dan menghasilkan paparan yang tajam walaupun pada resolusi rendah. Dalam dunia multimedia, monitor jenis ini adalah pilihan yang terbaik. 

Saiz (keluasan) Monitor


Saiz atau keluasan skrin monitor memainkan peranan penting kepada pengguna.  Jika anda membeli sebuah note book, biasanya monitor yang bibekalkan seluas 10.4, 11.3 atau 12.1. Skrin yang sekecil itu masih berperanan dengan baik sekiranya ia mempunyai resolusi pixel yang tinggi. Pemilik komputer peribadi pula mempunyai cita rasa yang berbeza. Skrin monitor yang biasa diberikan dalam spesifikasi adalah 14 atau 15.  Ada juga pengguna yang menggunakan skrin monitor seluas 17. Lebih luas skrin monitor, memberikan impak dan kepuasan yang maksimum kepada pengguna. Walau bagaimanapun anda lebih berhak memilih monitor seluas mana yang sesuai pada anda, samada dari segi kos mahupun keperluan lain. 

   [HOME]