Perkembangan komputer bertambah rancak
setelah memasuki dekad 40an. Beribu-ribu komputer telah dibina dan
perkembangan komputer telah menghasilkan mesin yang tinggi kelajuan,
storan dan ingatan. Zaman ini menandakan permulaan generasi komputer.
Terdapat lima generasi komputer kesemuanya dan setiap generasi mempunyai
cirinya tersendiri.
Generasi Pertama ( 1942 - 1959 )
Zaman ini
menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum) dan berupaya memproses
beberapa ribu arahan sesaat dan lebih pantas daripada pergerakan alat
mekanik. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara dan menggunakan ingatan
teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan
boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.
Contoh :
• ABC - komputer digital elektronik pertama ( 1937 - 1942 ) oleh John
V. Atanasoff dan dibantu oleh Clifford Benry.
• ENIAC - diusahakan oleh
John W.Mauchly dan J.Presper Eskert. Dibina tahun 1945 - 1946, permulaan
era cemerlang.
• EDVAC, EDSAC dan UNIVAC 1, IBM 709 - John Von Neumann,
Mauchly dan Eskert ( 1951 )
• IBM 700 ( 1953 )
• IBM 650 ( 1959 )
Kelemahan Komputer Generasi Pertama
Tiub
hampagas adalah besar dan memerlukan penggunaan kuasa elektrik yang banyak
dan dengan itu mengeluarkan haba serta cepat rosak serta sukar untuk
mengawal suhunya. Bahasa yang digunakan merupakan bahasa mesin (machine
language), yang menggunakan rangkaian nombor-nombor yang merupakan
arahan-arahan yang diikuti oleh komputer untuk melaksanakan sesuatu tugas.
Disebabkan proses penggunaan nombor untuk menulis atur cara komputer, ini
menyukarkan proses pengaturcaraan komputer tersebut. Pemprosesan datanya
tidak tepat dan harganya mahal.
Generasi Kedua (1959 - 1964)
Zaman
ini menggunakan transistor menggantikan tiub hampa gas. Ia dicipta
oleh tiga saintis di Bell Laboratories, iaitu J. Bardeen, H. W. Brittain
dan W. Shockley. Transistor adalah sebuah alat elektronik yang kecil
di mana fungsinya adalah untuk memindahkan isyarat-isyarat elektrik
melalui perintang dan keserasiannya terhad. Atur cara yang ditulis
untuk satu komputer perlu diubah untuk dilaksanakan pada komputer lain dan
menggunakan pita untuk storan yang boleh memproses secara jujukan sahaja.
Ia juga menggunakan bahasa aras rendah iaitu bahasa simbolik. Ia lebih
kecil, ringan, murah tahan lama dan mudah digunakan. Bahasa pengaturcaraan
peringkat tinggi atau bahasa perhimpunan (assembly language) seperti
FORTRAN dan COBOL.
Generasi Ketiga (1964 - 1970)
Zaman ini menggunakan teknologi
litar bersepadu yang terdiri daripada beribu-ribu transistor yang
diletakkan pada kepingan silikon dan atur caranya lebih serasi.
Bermulanya konsep multi pengaturcaraan dan beberapa pengguna berkongsi
mesin. Istilah baru ini dipanggil perkongsian masa dan bermulanya
pemprosesan secara rawak dengan penggunaan cakera magnet. Ia lebih
kuat, kukuh dan padat. Bahasa pengaturcaraan dihasilkan seperti BASIC
dan Pascal.
Generasi Keempat (1971 -1999)
Zaman
ini menggunakan litar bersepadu berskala besar dan istilah yang
digunakan ialah Penyepaduan Skala-Besar (Large-Scale Intergration ataupun
LSI). Ia menggunaan mikro pemprosesan pada satu serpihan. Cakera
padat ingatan baca sahaja (Compact Disc Read Only Memory ( CD ROM )) dan
storan maya mula diperkenalkan, atur cara yang bersaiz beberapa kali saiz
ingatan mesin boleh dilaksanakan. Ini membuat ingatan komputer
menjadi lebih cekap, pantas dan besar.
Generasi Kelima ( 2000 sehingga kini)
Zaman sekarang
lebih canggih, murah, pantas dan hebat daripada yang
sedia ada dan berkemampuan 'melihat', 'mendengar', 'bercakap', dan
'berfikir' seperti manusia. Ia memiliki kecerdikan buatan iaitu
setakat mana manusia membuat komputer itu cerdik. Ia dapat melaksanakan
tugas secara selari berbeza dengan caranya sekarang dan membolehkan tugas
diselesaikan serentak. Ia Lebih cepat dan pantas untuk membuat
penaakulan, belajar dan membuat kesimpulan.
Contoh :
a. Pentium
III
b. Pentium
III Xeon