Make your own free website on Tripod.com
PERKAKASAN KOMPUTER

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

 

Cakera Keras

 

 

Cakera Optik

 

 

Gambar-gambar komponen

 



















 


CAKERA KERAS (HARD DISK)
 

Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik.  Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. 

Keseluruhan unit cakera keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera.  Ini berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing.  Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera WinchesterWinchester disk drives .

Permukaan cakera keras dan kepala baca/tulis begitu rapat sehingga sebarang partikel kotoran boleh menjejaskan kelancaran proses baca/tulis dan juga menyebabkan head crash .  Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang) dan juga merosakkan kepala baca/tulis.

Kaedah data disimpan pada cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah jejak dan sektor.  Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis.  Bentuk cakera keras sedemikian disebut pek cakera disk pack .  Pek cakera keras boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik.  Jika ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan.  Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama dan pada permukaan cakera yang berlainan.

Terdapat pelbagai variasi cakera keras untuk mikrokomputer:
 

a) Pemacu Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan bergigabait data.
b) Pengecilan (Miniaturization)
Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3").  Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang  yang sama.
c) Katrij Cakera Keras (Hard Disk Cartridges)
Katrij cakera keras ini mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak plastik keras.  Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan boleh menampung sehingga 1.2 gigabait data.  Ia adalah baik digunakan untuk salinan (back up).

Kelebihan cakera keras/Hard disk:


a)  Muatan tinggi, disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ).
b)  Masa mencapai data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses 
     yang hendak dibuat oleh pengguna.
c)  Proses merekod data dari hard disk lebih cepat.

  

                                                                                                   

[HOME]