Make your own free website on Tripod.com
PERKAKASAN KOMPUTER

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 

 

Cakera Keras

 

 

Cakera Optik

 

 

Gambar-Gambar Komponen

 



















 


CAKERA OPTIK
Cakera CD-ROM ] [  Cakera CD-R ] [ Cakera WORM ]

Cakera Optik Boleh Padam ]

Peranti storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data yang banyak.  Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip magnetik untuk menyimpan data.  Corak pembalikan cahaya laser pada permukaan cakera menunjukkan data yang ditulis/dibaca.  Semasa perekodan, cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit)  pada cakera.  Cakera optik juga menggunakan skema sistem perduaan.  Setiap lekukan itu menggambarkan data 0 dan tanpa lekukan menggambarkan data 1.

Semasa pembacaan data pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh kepada permukaan cakera dan pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan yang ada pada permukaan.  Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya laser tersebar dan tidak akan dapat dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 0.  Jika tidak terdapat lekukan atau permukaannya rata (land), pembalikan cahaya terdokus dan dikesan oleh pengesan cahaya dan ini menggambarkan keadaan 1.

Terdapat pelbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu

a)  Cakera CD-ROM
b)  Cakera CD-R
c)  Cakera WORM
d)  Cakera Optik Boleh Padam

                                                                            CAKERA CD-ROM

Cakera CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada mikrokomputer. CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja Compact Disk Read Only Memory .  Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM.  Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB. 

Pemacu CD-ROM adalah pemacu yang digunakan untuk membaca isi kandungan CD tersebut.  Dari segi kelajuan (speed) pemacu tersebut, pengguna memang mempunyai pelbagai pilihan misalnya 6x, 8x, 12x, 18x, 20x, 24x, 32x ataupun sehingga 100x. Kelajuan pemacu melambangkan kelajuan cakera berputar.  Pemacu kelajuan tunggal boleh mencapai data sebanyak 150KB per saat, kelajuan berganda sebanyak 300KB per saat dan seterusnya.

CD-ROM telah menjadi media yang penting dalam pelbagai kegunaan, antaranya ialah storan data, ensiklopedia, katalog, permainan, pendidikan berhiburedutainment , majalah buku, wayang dan animasi atau dokumen bertulis. Walaupun CD-ROM dan pemacunya telah digunakan pada PC multimedia terdahulu dan sekarang, namun kehadirannya tidak didedahkan lagi dimasa akan datang apabila munculnya teknologi DVDDigital Versatile Disk .

CAKERA CD-R

Cakera CD-R bermaksud cakera padat-boleh rekodCompact Disk-Recordable .  CD ini membolehkan kita merekod data atau maklumat yang kemudiannya CD tersebut boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM.  Contohnya Photo CD.

 
CAKERA WORM

Cakera WORM bermaksud tulis-sekali baca-banyak-kaliWrite Once, Read Many .  Cakera ini hanya boleh merekod maklumat atau data sekali sahaja, pastinya tidak boleh dipadam lagi dan boleh dibaca banyak kali. Cakera berteknologi WORM berguna untuk menyimpan data arkib yang tidak perlu diubah lagi dan boleh menyimpan sehingga 122 - 6400MB data.

 
CAKERA OPTIK BOLEH PADAM

Cakera optik boleh padamErasable Optic Disc   membenarkan pengguna memadam dan menulis data banyak kali.  Cakera optik boleh padam ini boleh menyimpan data 281 - 3200 MB.  Contoh cakera ini ialah cakera magneto-optikMagneto-Optic Disc, MO .  Cakera MO ini menggunakan teknologi magnetik dan optik dan mempunyai muatan sebesar cakera optik dan boleh ditulis semula seperti cakera magnetik.  Cakera ini mempunyai kristal yang sensitif magnetik yang dikelilingi oleh plastik yang keras.  Untuk perekodan/penulisan, cahaya laser kuat akan dipancarkan kepada plastik dan menyebabkan plastik cair dan seterusnya kristal sensitif magnetik beleh bergerak.  Pada masa yang sama semasa kristal boleh bergerak & plastik cair, kristal tersebut akan diubah kedudukan disusun menurut arahan magnetik yang dikenakan keatasnya.  Semasa pembacaan data dari MO , cahaya laser lemah disuluh ke kristal dan corak pembalikan cahaya membentuk data.      

                                                                                                          

[ HOME]